fbpx
Gambar fail bertarikh 10 Disember 2013 menunjukkan pengawal penjara berdiri di luar sel Penjara Pusat Mogadishu. - AFP

Al-Shabab kepung penjara Somalia 6 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOGADISHU – Tentera menamatkan kepungan  enam jam oleh kumpulan militan di sebuah penjara utama yang terletak berhampiran pejabat Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud  di  Mogadishu dan membunuh semua tujuh penyerang, lapor akhbar Arab News semalam.

Kerajaan berkata, tiada pegawai awam atau pengawal keselamatan terbunuh dalam serangan semalam. Kumpulan Al-Shabab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab.

Serangan ke atas kemudahan tahanan Godka Jilicow yang menempatkan sejumlah anggota Al-Shabab itu berlarutan berjam-jam.

“Pasukan keselamatan berjaya menamatkan serangan pengganas, menembak mati kesemua tujuh lelaki bersenjata yang terlibat,” kata Kementerian Dalam Negeri Somalia dalam satu kenyataan.

Penduduk tempatan berkata, mereka mendengar bunyi tembakan  sporadis selama lebih tiga jam selepas serangan bermula.

Kerajaan tidak menyatakan berapa ramai anggota  pasukan keselamatan  yang terbunuh semasa kejadian itu.

Pemilik ambulans persendirian, Abdulkadir Adam berkata, kenderaannya membawa hampir 25 mangsa dari tempat kejadian ke pelbagai hospital.

Media kerajaan Somalia melaporkan, kumpula militan menggunakan kenderaan yang menyamar untuk kelihatan seperti pasukan keselamatan unit perisikan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN