fbpx
Kamarul Zaman pada sidang akhbar Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

Freedom Flotilla: Elak tiba di Gaza 7 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) mengelak untuk tiba di Gaza, Palestin pada 7 Oktober memandangkan Israel berpotensi untuk melakukan serangan ke atas sukarelawan tersebut.

Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia memandangkan tarikh itu genap dua tahun Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

“Sudah pasti mereka akan elak sampai ke Gaza pada 7 Oktober yang mana satu tarikh mungkin Israel akan jadikan alasan untuk mengambil kesempatan dan menghentam.

“Jadi besar kemungkinan mereka akan cuba elakkan tarikh tersebut. Sebab itu semalam kapal (menunjukkan) di 0 knot berhenti di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan pertukaran strategi aktivis dan sukarelawan lewat tiba di zon kuning. Mereka sepatutnya tiba di sana semalam.

“Mereka berhenti sementara untuk melakukan latihan dan simulasi sekiranya diserang dan dipintas. Ada sembilan peserta dan mereka pernah ditahan Zionis Israel menjadikan simulasi dilaksanakan realistik,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan komitmen sepenuhnya kepada peserta dan semua maklumat turut disampaikan kepada Pejabat Perdana Menteri.

“Sekiranya terjadi sebarang kebarangkalian, bantuan yang sama akan diberikan sama seperti peserta Global Sumud Flotilla,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata, sejak 7 Oktober 2023 hingga kini, sebanyak RM27 juta sumbangan rakyat Malaysia disalurkan kepada penduduk Gaza.

Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi menaiki kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Kapal terbesar Conscience melibatkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Secara keseluruhan misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN