fbpx
Sebuah pam petrol stesen minyak di Kampung Bandar dalam mukim Siong, Baling terbakar malam tadi. - Foto JBPM KEDAH

Cemas pam stesen minyak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke keseluruh stesen minyak dalam kejadian di Kampung Bandar, mukim Siong, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.52 malam.

Beliau yang mengetuai operasi bersama penyelia, Pegawai Bomba Kanan I Samsari Ibrahim serta lapan anggota BBP Baling bergegas ke lokasi dan tiba tidak lama kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah pam di Stesen Minyak Buraq Oil didapati terbakar. Kejadian disedari oleh pekerja yang ternampak api selepas sebuah kenderaan selesai mengisi petrol,” katanya hari ini.

Menurut beliau, tindakan pantas pihaknya yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kampung Lalang dan Belia 4B berjaya mengawal api daripada merebak ke keseluruh stesen minyak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN