fbpx
ALCARAZ dan Sinner dilihat berjaya menguasai kejohanan-kejohanan utama saingan tenis sejak kebelakangan ini. - AFP

‘Konspirasi’ menangkan Alcaraz, Sinner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHANGHAI – Pemain nombor tiga dunia, Alexander Zverev mendakwa penganjur kejohanan Shanghai Masters sengaja menggunakan beberapa bahan untuk menjadikan gelanggang lebih perlahan bagi memberi kelebihan kepada Carlos Alcaraz dan Jannik Sinner.

Bintang Jerman itu melontarkan pandangan berani ketika beraksi di kejohanan tersebut selepas ditanya mengenai perubahan kelajuan gelanggang yang semakin ketara sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, legenda Switzerland, Roger Federer turut menyuarakan kebimbangan apabila menyifatkan gelanggang yang lebih perlahan membuatkan pemain mudah mengekalkan gaya permainan sama di tanah liat, rumput dan keras.

Bagaimanapun, Zverev lebih lantang apabila menuduh penganjur cenderung memihak kepada dua bintang muda berkenaan.

“Saya benci bila semuanya sama. Saya tahu penganjur mahu Jannik dan Carlos berjaya di setiap kejohanan, itu yang mereka mahukan,” katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu menegaskan kepelbagaian permukaan gelanggang sangat penting untuk mengekalkan variasi dalam sukan tenis.

“Kita tidak boleh bermain tenis dengan cara sama di gelanggang rumput, keras dan tanah liat. Tapi, sekarang hampir semua boleh dimainkan dengan cara sama. Saya rasa tenis perlukan gaya berbeza, perlukan variasi dan itu yang kita kurang sekarang,” tambah Zverev.

Alcaraz, 22, sudah meraih enam gelaran Grand Slam manakala Sinner memenangi empat, malah mereka berkongsi lapan kejuaraan utama terakhir sesama sendiri, sekali gus menambah pengaruh dalam dunia tenis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI