BERPELUANG melanjutkan pengajian ke menara gading merupakan impian bagi semua pelajar. Malah, ibu bapa adalah antara insan yang gembira dan tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama-sama menghantar anak di hari pendaftaran masuk ke universiti. Ketika pelajar lain ditemani ibu bapa untuk mendaftar masuk ke universiti, ia tidak bagi Muhammad Ahnaf Aiman Za Mohd. Zain, 19. Dia yang merupakan anak yatim piatu hanya ditemani oleh kakak dan ibu angkat ketika mendaftar masuk sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini.……