fbpx
Sembilan sukarelawan Malaysia menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).

Freedom Flotilla: Kerajaan sediakan semua bentuk bantuan pastikan rakyat Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan memberi jaminan akan menggunakan segala saluran diplomatik yang ada bagi memastikan keselamatan sembilan rakyat Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengadakan perbualan langsung dengan kesemua sembilan sukarelawan tersebut semalam dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memantau perkembangan mereka secara berterusan.

“Kita akan terus memantau dan menyediakan semua bentuk bantuan untuk menjamin keselamatan mereka.

“Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa mereka pulang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Fahmi hadir menyerahkan sumbangan baucar bernilai RM150 sempena Deepavali kepada 350 penduduk Taman Seri Sentosa, di sini.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa bersedia untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk melalui kerjasama dengan negara sahabat sekiranya berlaku sebarang bentuk sekatan atau penahanan terhadap peserta FFC.

Katanya, gelombang ketiga ini membawa simbolik tersendiri kerana disertai golongan profesional termasuk doktor, profesor dan wartawan yang mewakili semangat kemanusiaan sejagat.

“Simboliknya sangat besar, kita bukan hanya mahu melepasi zon kuning atau zon merah, tetapi mahu sampai ke Gaza bagi membantu membangunkan semula bumi itu dan memberi harapan baharu kepada rakyat Palestin,” jelasnya.

Sembilan rakyat Malaysia kini berada dalam kumpulan Freedom Flotilla yang sedang berlayar membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada usaha berterusan masyarakat antarabangsa membela nasib rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik berpanjangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI