fbpx
PU Rahmat.

[VIDEO] Israel amat teruk, kita perlu boikot Israel! – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Israel very bad, not good and we need to boycott Israel (Israel amat teruk, tidak baik dan kita perlu boikot Israel)!”.

Itu antara ungkapan pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat sejurus tiba di tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul kira-kira pukul 8.40 malam ini, waktu Malaysia.

Beliau yang ditemu bual media tempatan ketika itu turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Turkiye di atas bantuan yang diberikan.

“Pertama sekali, terima kasih kepada Kerajaan Turkiye di atas penginapan dan sokongan yang baik. Kami dari Malaysia, sayang anda semua. Bebaskan Palestin!” katanya ringkas.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kesemua 23 aktivis Malaysia telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul kira-kira pukul 8.40 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka diterbangkan dari Ramon Airport, Israel pada pukul 6.40 petang waktu Malaysia.

Beliau berkata, ketibaan aktivis itu disambut oleh oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye dan Wisma Putra
serta Kerajaan Turkiye. – KOSMO! ONLINE
https://www.threads.com/@khyenisaa/post/DPY9QqYkajd?xmt=AQF0QXZ5ni0oTDXXvcOWeUBckWPO-WFW7rrJOe3yqvYkTg

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI