RANTAU Abang, Dungun, Terengganu pasca kegemilangan penyu belimbing tidak lagi semeriah dahulu. Jika suatu ketika pada era 1960-an hingga 1980-an, banyak spesies penyu tersebut mendarat saban malam di sepanjang tujuh kilometer pantai untuk bertelur, kini suasana itu hanya tinggal sejarah. Sewaktu zaman kegemilangannya, Rantau Abang bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu malah turut menarik perhatian penulis antarabangsa termasuk pengarang novel terkenal Jurassic Park, Michael Crichton yang menulis tentang pengalaman menyaksikan penyu belimbing di pantai itu pada era 1980-an. Begitupun, selepas……