fbpx
PARA pemain JDT meraikan kejayaan mereka menewaskan UM Damansara dalam aksi timbal balik Piala FA malam kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

Bolos tiga gol tak jejas skuad kedua JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

XISCO MUNOZ berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pasukan keduanya ketika menewaskan UM Damansara United 5-3 pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA malam kelmarin.

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Sepanyol itu berkata, walaupun ada kesilapan mudah yang dilakukan sehingga gawang dibolosi, ia tidak mematahkan semangat pemain untuk memburu jaringan.

Katanya, perlawanan itu juga menjadi medan bagi menguji kapasiti Harimau Selatan dengan menurunkan kesebelasan berbeza daripada aksi Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa lalu.

“Saya menurunkan skuad yang berbeza ketika menentang FC Machida Zelvia untuk menguji kapasiti JDT. Pada 25 minit pertama, mereka beraksi dengan baik dan menjaringkan tiga gol.

“Selepas itu, mereka mula bermain sedikit relaks dan terlepas beberapa peluang gol selain kurang melakukan tekanan dan tidak mengekalkan intensiti permainan seperti yang dilakukan awalnya.

“Masuk babak kedua, kami tampil dengan taktikal dan pendekatan yang berbeza selain mencuba pemain muda termasuk daripada JDT II. Apa pun kami berjaya meraih kemenangan ke pusingan seterusnya,”ujarnya.

Pada perlawanan itu, Romel Morales meledak kan hatrik, manakala Manuel Hidalgo dan Heberty Fernandes menjaringkan satu gol.

Munoz berkata, beliau kecewa apabila pasukan gagal mengekalkan ‘clean sheet’ dan membenarkan gawang dibolosi tiga kali.

“Salah satu gol dilepaskan berpunca daripada kesilapan mudah penjaga gol, Christian Abad. Kesilapan di atas padang adalah lumrah permainan, dan kami perlu belajar untuk tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut,” katanya.

Di tanya mengenai aksi suku akhir Piala FA menentang Penang FC, Munoz menjangkakan ia akan menjadi satu perlawanan sengit dan akan membuat persiapan rapi bagi menghadapinya.

“Walaupun kita menang besar ke atas mereka bulan lalu dalam aksi Liga Super, tetapi ini adalah perlawanan yang berbeza. Kita tidak boleh ambil mudah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI