fbpx
Pentadbir akaun Ahmad Musa Al-Nuwayri memuat naik hantaran video dirakam sebelum penahanannya oleh tentera Zionis Israel.

[VIDEO] Sumud Flotilla: ‘Kami takkan sentuh makanan, minuman diberikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tidak akan menyentuh sebarang makanan dan minuman yang diberikan oleh tentera Zionis Israel sepanjang mereka ditahan oleh pihak tersebut.

Menerusi video dimuat naik pada akaun Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman turut memaklumkan, penahanan mereka itu juga memang telah dijangka berlaku.

“Suka saya ingatkan kalian di Malaysia dan di mana-mana sahaja, insya-Allah kami dah bersedia segala kemungkinan ini.

“Kami sudah jangka apa akan berlaku, kami minta kalian terus doakan kami. Moga Allah berikan kekenyangan,” katanya.

Ahmad Musa Al-Nuwayri berkata demikian menerusi video yang dirakam sebelum penahannya oleh tentera Zionis Israel serta dimuat naik oleh pentadbir akaunnya.

Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai untuk terus bercakap berkenaan kesengsaraan rakyat Gaza dan Palestin atas kekejaman dilakukan oleh Israel.

“Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza. Jangan dengan sebab kami ditahan, cerita Gaza dan Palestin didiamkan atau terus tidak ada orang langsung bercakap tentang mereka.

“Mereka adalah orang yang diserang, mereka memerlukan sokongan kita,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kesemua 23 delegasi Malaysia telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby dilaporkan berkata, pengesahan rasmi diterima pada pukul 4.25 petang waktu Malaysia semalam bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Musa Nuwayri (@musanuwayri)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI