fbpx
Tangkap layar 'live tracker' menunjukkan kapal Mikeno yang dinaiki Ardell telah pun menghampiri perairan Gaza.

Status kapal Ardell jadi tanda tanya, ‘tracker’ tunjuk lagi 2 jam sampai Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Situasi mengejutkan berlaku apabila kapal Mikeno yang membawa selebriti dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana dilaporkan berada paling hadapan, berdekatan perairan Gaza.

Menerusi laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’, sekurang-kurangnya dalam tempoh dua jam lagi kapal Mikeno dijangka sampai ke bumi Gaza.

Situasi itu membuatkan ramai yang masih berharap dan berdoa agar kapal Ardell selamat sampai tanpa sebarang pintasan.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan apabila kapal tersebut ditunjukkan tidak bergerak kerana kelajuan dicatatkan 0 knot.

Sementara itu, suami Ardell, Nadzmi Adhwa turut memuat naik tangkap layar ‘live tracker’ tersebut di aplikasi Thread.

“Mikeno sedang kehadapan. Ya Allah jagakan isteriku. Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juang mu tak pernah aku sangkal,” tulisnya.

Sebelum ini, Ardell antara sukarelawan Malaysia yang terputus hubungan selepas kapalnya diserang tentera Israel.

Ardell sempat membuat siaran langsung terakhir sebelum dipercayai membuang telefonnya ke dalam laut bagi mengelakkan ia dirampas oleh zionis.

Buat masa sekarang kapal Ardell menunjukkan simbol kecemasan namun status sebenar masih belum diketahui.

Selain Ardell, Razali Awang yang menaiki kapal Inana juga dilaporkan telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Setakat ini seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menaiki kapal Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu telah dipintas serta diceroboh tentera Israel ketika pelayaran berlaku.

Antaranya ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Selain daripada itu termasuklah Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Sementara itu tiga lagi kapal yang turut membawa sukarelawan Malaysia iaitu Free Willy, Fair Lady dan Estrella dilaporkan masih meneruskan pelayaran ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI