fbpx
SEORANG lelaki warga Singapura dikesan mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Plentong, Pasir Gudang, Johor Bahru, Rabu lalu.-Foto IHSAN PEMBACA

Warga Singapura ‘curi’ RON95 waktu pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tidak sampai seminggu selepas pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) diperkenalkan, tular rakaman seorang pemandu kenderaan Singapura dikesan mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sekitar Johor Bahru.

Dalam rakaman video itu memaparkan seorang lelaki sedang mengisi petrol RON95 ke dalam kenderaan jenis utiliti sukan dengan nombor pendaftaran negara jiran itu dipercayai kira-kira pukul 3.55 pagi, pada Rabu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, mengesahkan siasatan sedang dijalankan susulan rakaman tular itu.

Jelasnya, pasukan penguat kuasa KPDN negeri telah dihantar ke stesen minyak berkenaan yang terletak di Taman Sierra Perdana, Mukim Plentong, bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Jika terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, tindakan lanjut akan diambil menerusi kertas siasatan yang kemudian akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Rakaman tular berdurasi 20 saat itu, mencetus rasa kurang senang orang ramai kerana lelaki berkenaan mengisi RON95 yang khusus kepada rakyat tempatan.

Perakam meminta lelaki berkenaan mengisi RON97 seperti yang dikuatkuasakan kepada kenderaan asing di negara ini.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab tersebut selain mempersoalkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan larangan pembelian petrol RON95 subsidi oleh warga asing.

Di bawah Budi95, warganegara yang layak perlu mengemukakan MyKad ketika berurus niaga di kaunter stesen minyak sebelum pengesahan dilakukan di terminal khas tersedia di stesen minyak bagi mendapatkan harga subsidi RM1.99 sen seliter.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI