fbpx
Fadhlina.

Murid ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid sebuah sekolah rendah di daerah ini ditemukan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagaimanapun berkata, pihaknya memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan bagi menjaga emosi keluarga, selain menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan penuh.

Menurutnya, pihak kementerian akan memberikan perhatian penuh kepada proses psikososial dan sokongan emosi kepada warga sekolah akan dilaksanakan sepenuhnya bermula esok.

“Jadi, mulai besok, proses intervensi ini akan dilaksanakan secara penuh oleh semua kaunselor kita (KPM) di peringkat Negeri Sembilan untuk turun membuat intervensi psikososial di peringkat sekolah.

“Kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan khususnya pusat kesihatan mental untuk melaksanakan intervensi ini secara berterusan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di Senawang, di sini, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI