fbpx
Ahmad Sani Araby Al-Kahery ketika sidang akhbar harian Misi Global Sumud Flotila Sumud Nusantara di MAPIM Malaysia Central Warehouse di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Sumud flotilla: Hanya 23 sukarelawan Malaysia teruskan misi ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seramai 23 daripada 34 peserta konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia akan meneruskan pelayaran ke Gaza, manakala 11 lagi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, keputusan itu dibuat selepas proses penstrukturan peranan dilaksanakan pada Ahad lalu.

Katanya, ia susulan empat buah kapal flotila mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat meneruskan misi pelayaran.

“Penstrukturan peranan itu melibatkan tujuh delegasi Malaysia dan satu delegasi
Brunei.

“Susulan itu, dua orang iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad akan dihantar ke Amman Jordan untuk membantu kumpulan perundangan sekretariat membuat persediaan.

“Enam yang lain akan diterbangkan pulang dari Greece untuk menyambung tugas di SNCC,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Menurut beliau, empat lagi rakyat Malaysia yang tidak meneruskan pelayaran merupakan mereka yang berada dalam kapal pemerhati dan tidak memasuki zon merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI