fbpx
KESATUAN mencadangkan golongan majikan supaya menyediakan elaun kenderaan kepada pekerja yang melakukan tugasan luar.

Jimat minyak jangan sampai songlap hak pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) mengingatkan golongan majikan supaya tidak ‘merampas’ kuota subsidi Budi Madani RON95 (Budi95) yang diberikan kepada 16 juta rakyat ­negara ini bermula kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Md. Zaimi Muhamad Yusof berkata, majikan tidak mempunyai hak untuk mengarahkan mana-mana pekerja mereka menggunakan kuota RON95 sebanyak 300 liter bagi kegunaan peribadi untuk urusan syarikat.

“Kenapa majikan hendak kacau, itu hak pekerja. Adalah salah sekiranya majikan memberi arahan demikian (menggunakan Budi95) untuk urusan kerja.

“Ini kerana subsidi 300 liter petrol RON95 yang diberikan oleh kerajaan untuk ­kegunaan peri­badi rakyat, ­bukan sewenang-wenangnya ­majikan boleh guna,” katanya ketika ­dihubungi Kosmo! semalam.

Md. Zaimi yang juga Naib ­Presiden Sektor Swasta Kong­res Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, pihak majikan seharusnya membantu golongan pekerja dengan menyediakan inisiatif lain, bukannya ‘merompak’ hak mereka.

“Jangan ambil kesempatan atas hak pekerja, biar mereka guna subsidi itu untuk kende­raan persendirian atas urusan peribadi, bukannya untuk kegunaan pejabat.

“Kalau sekalipun syarikat nak berjimat, jangan sesekali usik hak pekerja. Itu tidak betul,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, pihaknya belum me­nerima sebarang aduan berkaitan isu tersebut, namun tidak menolak kemungkinan kes itu akan timbul selepas ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, majikan yang mempunyai kesatuan seperti EIUW diminta menyediakan elaun kenderaan kepada setiap pekerja.

“Dengan kenaikan harga petrol sekarang, saya rasa majikan juga perlu mengkaji semula kadar elaun tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN