BALING – Selepas dua hari pelaksanaan inisiatif Budi95 yang menetapkan harga petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, rupa-rupanya masih ramai rakyat yang tidak tahu kaedah mendapatkan subsidi itu. Rata-rata mereka yang berusia 60 tahun ke atas itu masih tidak mengetahui mengisi minyak RON95 memerlukan MyKad bagi mendapatkan harga subsidi sejak 30 September lalu. Seorang pekerja di sebuah stesen minyak di sini mendedahkan, pengguna warga emas perlu diajar cara-cara mengisi minyak ketika membayar wang di kaunter. “Ada antara mereka tidak bawa……