fbpx
Gambar hiasan

Sumud Flotilla: Berbaki 145 batu nautika konvoi tiba di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada pada jarak kurang 145 batu nautika dari pesisiran Gaza.

Menerusi kenyataan oleh GSF, para sukarelawan akan terus berwaspada berikutan mereka telah memasuki zon berisiko tinggi, hari ini.

“Semakin kita menghampiri Gaza, kita tetap berwaspada apabila memasuki kawasan yang mana flotila sebelum ini dipintas dan atau diserang.

“Teruskan fokus pada misi. Teruskan fokus pada Gaza. Kita berlayar tanpa gentar dengan ancaman dan taktik intimidasi Israel,” katanya menerusi kenyataan di Instagram sebentar tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, aktiviti dron dilaporkan meningkat di atas kapal misi kemanusiaan GSF hari ini.

Konvoi GSF yang disertai 400 pelayar antarabangsa termasuk 34 rakyat Malaysia dijangka berdepan situasi lebih kritikal apabila bakal berlayar memasuki zon merah pada pukul 7 malam ini.

Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, zon merah itu akan kategorikan sebagai kritikal kerana pada bila-bila masa mereka boleh dipintas yang mana selalunya dipintas pada waktu malam.

“Ia berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada kapal Madeline, Handala dan Mavi Marmara (sebelum ini),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI