fbpx
GAMBAR fail seorang lelaki menggunakan telefon bimbit di Dubai. - Foto AFP

Lelaki rakam gambar wanita diperintah bayar RM34,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Mahkamah Keluarga Sivil Abu Dhabi telah memerintahkan seorang lelaki muda membayar pampasan 20,000 dirham (RM23,000) kepada seorang wanita selepas dia merakam gambarnya tanpa kebenaran, lapor portal berita Gulf News semalam. 

Selain itu, dia turut dikenakan denda 10,000 dirham (RM11,500), lapor akhbar Emarat Al Youm.

Keputusan itu mengekalkan penghakiman mahkamah jenayah terdahulu yang mendapati lelaki terbabit bersalah melanggar privasi wanita tersebut dan mengenakan denda 10,000 dirham. 

Secara keseluruhan, jumlah yang perlu dibayar oleh lelaki itu ialah ialah 30,000 dirham (RM34,000).

Menurut dokumen mahkamah, wanita terbabit memfailkan tuntutan sivil dengan alasan mengalami kerosakan reputasi dan tekanan emosi. 

Hakim memutuskan bahawa ganti rugi wajar diberikan di bawah undang-undang sivil kerana ia mewajibkan pihak yang menyebabkan kerosakan kepada orang lain menanggung pampasan. 

Ia menekankan kesan psikologi, kehilangan maruah dan kerosakan reputasi yang dialami wanita itu yang mendakwa kejadian tersebut menyebabkan dirinya dipandang serong dalam masyarakat.

Selain pampasan, lelaki tersebut turut diperintahkan membayar kos guaman dan yuran mahkamah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI