fbpx
Arzelin (kiri, belakang) bersama Arzeeli (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya di Batu Pahat.

Belajar di UTHM dapat jimat banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Dua beradik anak Orang Asli bertekad mahu membuktikan bahawa tinggal dan belajar di kawasan pendalaman bukan halangan untuk berjaya dalam pendidikan sete­rusnya menempa kehidupan le­bih baik pada masa akan datang.

Anak kelahiran Kampung Orang Asli Sungai Bumbun di Pulau Carey, Banting, Selangor turut menjadikan kejayaan ibunya yang bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah kilang terkemuka di Selangor sebagai inspirasi bahawa kejayaan itu boleh digapai sekiranya ada kemahuan dalam diri.

Arzelin Rahman, 21, berkata, dia bersama abangnya, Arzeeli, 22, masing-masing mengambil pengajian sarjana muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi

Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pendaftaran kemasukan bermula Ahad lalu.

Katanya, dia adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Seni Malaysia di Johor sebelum menyambung pem­belajaran di UTHM Cawangan Pagoh untuk mendapatkan sijil diploma, manakala abangnya bekas pelajar lepasan SPM sebelum me­nyambung ke peringkat Diploma di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

“Minat dengan budaya dan komuniti pelajar di UTHM membuatkan kami dua beradik memilih universiti ini selain kos sara hidup lebih rendah berbanding universiti di bandar besar.

“Universiti ini juga menawarkan banyak program TVET dan ia membolehkan abang belajar sama-sama dengan saya di sini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali berkata, seramai 2,658 pelajar baharu mendaftar daripada lepasan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),

Matrikulasi dan setaraf bagi program pengajian sarjana muda untuk sesi akademik 2025/2026.

Katanya, seramai 1,935 pelajar mendaftar di kampus induk, manakala 723 lagi di kampus cawangan Pagoh yang terdiri daripada 1,525 pelajar lelaki dan 1,133 pelajar perempuan.

“Bagaimana pun jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh pendaftaran sebelum berakhir minggu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN