fbpx
Noboa menyiarkan imej yang menunjukkan kereta dengan tingkap pecah dan retak. - X

Penunjuk perasaan serang konvoi Presiden Ecuador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

QUITO – Kerajaan Ecuador menyatakan bahawa konvoi bantuan yang membawa Presiden Daniel Noboa dan diplomat asing diserang di wilayah Imbabura, kelmarin semasa protes terhadap harga bahan api berlangsung, lapor saluran berita CNN semalam.

Tunjuk perasaan masuk  hari kelapan itu bertukar ganas kelmarin.

Bantahan bermula selepas  Ecuador mengumumkan akan memansuhkan subsidi diesel bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan,  membendung penyeludupan bahan api dan membebaskan dana untuk program masyarakat.

Di Imbabura, berpuluh-puluh penunjuk perasaan menghalang jalan dan bertempur dengan pasukan keselamatan.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 350 orang menyerang hendap konvoi Noboa dengan membaling mercun, bom api dan batu ketika beliau melawat kawasan tersebut untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Kira-kira 50 askar yang mengawal kenderaan Noboa cuba mengusir penyerang, kata jurucakap Presiden, Carolina Jaramillo, tanpa menyatakan sama ada terdapat individu yang cedera.

Pejabat Presiden berkata, konvoi itu turut membawa orang kenamaan  lain termasuk diplomat Vatican, Andres Carrascosa, Duta Kesatuan Eropah, Jekaterina Dorodnova dan Duta Itali, Giovanni Davoli.

Noboa menyiarkan imej di platform X yang menunjukkan sebilangan kereta dengan tingkap pecah dan retak. 

Katanya, penyerang cuba menentang kemajuan Ecuador dengan keganasan. 

“Kami tetap meneruskan: Ecuador tidak boleh mundur,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI