fbpx
Ahmad Sany bercakap pada sidang akhbar di Sumud Nusantara Command Center di Sepang, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Konvoi Global Sumud Flotilla berjaya masuk zon kuning tahap dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai 400 pelayar antarabangsa termasuk 34 rakyat Malaysia dilaporkan berjaya memasuki zon kuning tahap dua, kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan atau 3 petang tadi waktu Malaysia.

Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, jarak terkini konvoi kini berada 227 batu nautika daripada pesisiran Gaza.

“Konvoi dijangka memasuki zon merah pada pukul 7 petang esok waktu Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Sumud Nusantara Command Center, di sini tadi.

Susulan itu, apabila memasuki zon merah, ia akan mendedahkan konvoi kepada risiko serangan rejim Zionis terhadap 46 buah kapal GSF dari 42 negara.

Untuk rekod, jika GSF berjaya memasuki zon merah iaitu kira-kira 100 kilometer dari Gaza mereka mungkin berhadapan dengan ancaman lebih serius di mana Israel berikrar akan memastikan kapal-kapal tersebut dihentikan dengan apa cara sekalipun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI