fbpx
PARA pemain Pilihan Selangor meraikan kejayaan menjuarai Piala Sultan Selangor 2025 menewaskan Pilihan Singapura di Stadium Merdeka kelmarin. - FARIZ RUSADIO

Langkah kanan Gamel bersama Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH interim Selangor FC, Christophe Gamel teruja memulakan langkah sempurna selepas menjuarai trofi Piala Sultan Selangor 2025 dengan menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka kelmarin.

Pada perlawanan itu, Gergasi Merah meraih kemenangan hasil jaringan penalti pemain import, Chrigor Moraes dan satu lagi gol disumbangkan oleh pemain muda, Harry Danish.

Menurut Gamel, pengalaman membimbing Selangor FC II memudahkannya untuk menyesuaikan diri selepas dipilih menggantikan posisi Katsuhito Kinoshi yang direhatkan oleh pihak pengurusan.

“Pilihan Selangor yang saya bawa kali ini adalah gabungan pemain muda dan senior. Seperti yang jurulatih sebelum ini (Kinoshi) katakan, pasukan sedang dilanda masalah kecederaan.

“Namun, saya lihat pemain yang beraksi memberikan 100 peratus di atas padang untuk memastikan kita dapat melakar kemenangan.

“Saya bertuah kerana sudah membimbing Selangor FC II sebelum ini dan kematangan yang ada pada Moraes dan kapten, Faisal Halim memudahkan proses tersebut (menyesuaikan diri),” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Moraes mengakui cabaran Pilihan Singapura sangat sukar tetapi semua pemain telah berikan 100 peratus aksi terbaik dalam padang.

“Singapura memberikan aksi yang profesional sehingga memberi tekanan kepada kami. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka ada ramai pemain berkualiti,” katanya.

Kemenangan itu membolehkan Pilihan Selangor melakar kemenangan Piala Sultan Selangor buat ke-12 dan mengekalkan trofi berkenaan sejak 2018, 2019 dan juga 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI