fbpx
PALHINHA (kanan) meraikan jaringannya dalam masa kecederaan untuk mengikat Wolves 1-1 kelmarin. - AFP

EPL: Palhinha selamatkan Spurs saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemain tengah Portugal, Palhinha menyelamatkan maruah Tottenham Hotspur apabila meledak gol penyamaan di penghujung perlawanan apabila seri 1-1 dengan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Keputusan itu membolehkan Spurs melebarkan rekod tanpa kalah lima perlawanan berturut-turut sejak tewas mengejut 0-1 kepada Bournemouth sewaktu aksi ketiga liga hujung bulan lalu.

Pengurus Spurs, Thomas Frank lega kerana masih berjaya mengutip satu mata sambil mengingatkan bahawa saingan EPL ‘tidak mengenal belas kasihan’ kerana mereka diberikan tentangan cukup sengit oleh Wolves sepanjang 90 minit.

“Sudah tentu kami mahukan tiga mata, tetapi sekurang-kurangnya dapat satu mata pun bagus. Ini peringatan bahawa liga ini tiada erti belas kasihan.

“Asas pasukan berada di landasan baik, kami bertahan dengan baik, bekerja keras, berlari tanpa henti. Bahagian serangan adalah aspek yang perlu kami perbaiki. Saya harap kami dapat lakukan lebih baik hari ini,” kata Frank.

Wolves membuka tirai jaringan menerusi Santiago Bueno pada minit ke-54 sebelum Palhinha memastikan satu mata buat Spurs dengan jaringan penyamaan dalam masa kecederaan di penghujung perlawanan.

“Kami menguasai permainan di babak kedua. Semangat ada, segalanya ada, tetapi kami lepaskan gol pada minit terakhir. Ia sesuatu yang sukar untuk diterima,” kata pengendali Wolves, Vitor Pereira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN