fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk landa lapan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di lapan negeri hingga pukul 11 pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Manakala di Pahang daerah terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, dan Bentong.

“Amaran turut dikeluarkan untuk Selangor di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat,” katanya.

Selain itu, kawasan terlibat termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor di Pontian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI