fbpx
Hui Ying (dua dari kiri) ketika meninjau pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi95 di stesen minyak Shell di Jelutong, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

Budi95 di stesen minyak lancar, tiada aduan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di stesen-stesen minyak yang bermula hari ini berjalan lancar di seluruh negara tanpa sebarang aduan teknikal diterima daripada pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, tinjauan di stesen minyak mendapati sistem penggunaan MyKad bagi menebus subsidi berjalan baik khususnya pada hari pertama penyertaan anggota polis dan tentera.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai gangguan sistem atau masalah pengisian minyak diterima dari mana-mana stesen di seluruh negara.

“Segala proses berjalan lancar, tiada aduan berkaitan kesukaran mengisi minyak. Apa yang penting, hanya warganegara Malaysia yang layak menikmati harga subsidi ini,” katanya ketika melancarkan Program Budi95: Pengisian Minyak Bersubsidi RON95 di stesen minyak Shell, di Jelutong di sini hari ini.

Hui Ying berkata, program ini dilancarkan secara rasmi pada 30 September nanti dan rakyat diminta bersabar dan tidak berpusu-pusu ke stesen minyak.

“Ini kerana harga RON95 bersubsidi akan kekal pada RM1.99 seliter. Kerajaan akan memantau dengan rapi pelaksanaannya dan akan bertindak secara proaktif sekiranya timbul sebarang isu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN