fbpx
BAGNAIA tetap memasang hajat untuk menjuarai GP Jepun di Litar Motegi berlangsung esok. - AFP

Bagnaia dakwa sia-siakan peluang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia secara terbuka mengakui telah mensia-siakan perlumbaan musim ini sekali gus memberi laluan mudah buat rakan sepasukan, Marc Marquez untuk merangkul gelaran juara dunia.

Ketika Marquez hanya selangkah untuk dinobatkan sebagai juara dunia buat kali kesembilan, Bagnaia meluahkan kekecewaannya terhadap prestasi jentera Ducati GP25.

Walaupun Marquez mempamerkan dominasi sejak menyertai pasukan pengeluar itu, nasib ternyata tidak menyebelahi Bagnaia yang bergelut untuk mencari rentak.

Prestasi pelumba Itali itu merosot teruk apabila sekadar mengutip 24 mata daripada empat perlumbaan terakhir, menyebabkan kedudukannya di tangga ketiga keseluruhan kini diancam pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi.

Juara dunia dua kali itu menegaskan, dia tidak pernah meragui kemampuannya, namun mengakui masalah teknikal yang gagal diatasi pasukan telah meranapkan impian untuk mempertahankan kejuaraan.

“Tidak banyak boleh saya lakukan musim ini. Situasi ini sukar sejak dari awal dan kami tidak pernah menemui jalan penyelesaian terutama pada jentera.

“Melihat kepada potensi saya, kejayaan Marquez langsung tidak menjejaskan keyakinan. Saya sedar sepenuhnya terhadap kemampuan diri saya,” katanya.

Marquez berada pada prestasi terbaik tahun ini apabila memenangi 11 perlumbaan Grand Prix (GP) dan 14 saingan sprint daripada 16 pusingan.

Dengan kelebihan 182 mata, Marquez hanya perlu menewaskan adiknya, Alex Marquez dengan tiga mata pada GP Jepun di Litar Motegi esok untuk mengesahkan gelaran ketujuhnya.

Mengulas mengenai dominasi Marquez, Bagnaia menegaskan pelumba Sepanyol itu tidak berdepan tentangan cukup hebat dari pencabar.

“Saya merasakan kejuaraan kali ini adalah kejuaraan tanpa saingan buat Marc (Marquez), kerana hanya dia yang konsisten dan kompetitif,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN