fbpx
DEEPIKA kini bukan sebahagian daripada filem Kalki 2898 AD.

Nama Deepika Padukone digugurkan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS digugurkan daripada membintangi filem Spirit beberapa bulan lalu, kini pelakon terkenal, nama Deepika Padukone sekali lagi digugurkan daripada membintangi filem sekuel Kalki 2898 AD.

Pengumuman mengenai ‘pengunduran’ Deepika dalam filem arahan Nah Ashwin itu dibuat oleh penerbit dalam media sosial.

“Ini adalah pengumuman rasmi bahawa Deepika Padukone tidak akan menjadi sebahagian daripada filem Kalki 2898 AD. Selepas diteliti, kami mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama.

“Biarpun kami telah melalui satu perjalanan panjang dalam menghasilkan filem yang pertama, kami menemui jalan buntu untuk kembali bekerjasama.

“Filem seperti Kalki 2898 AD layak menerima komitmen yang tinggi daripada setiap yang terlibat. Kami doakan yang terbaik untuk Deepika dalam kerjayanya,” tulisnya.

Dikhabarkan Deepika sempat menjalani penggambaran selama 20 hari sebelum namanya digugurkan. Katanya, dia meminta 25 peratus keuntungan daripada hasil kutipan filem tersebut.

Sementara itu, Deepika pula dilihat membuat hantaran berbaur sindiran selepas namanya digugurkan.

“Dengan siapa anda bekerja lebih penting berbanding daripada kejayaan sesebuah filem,” coretnya.

Sebelum ini Deepika menjadi topik hangat di Bollywood selepas dia menetapkan syarat untuk bekerja hanya lapan jam sehari. Disebabkan itu, namanya digugurkan daripada membintangi filem Spirit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI