fbpx
BEREGU negara, Goh Soon Huat-Shevon akur tewas di suku akhir Terbuka Korea.

Terbuka Korea: Langkah dua beregu terhenti di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perjuangan dua beregu campuran profesional negara di Terbuka Korea berakhir di pusingan suku akhir selepas kedua-duanya tewas kepada lawan masing-masing hari ini.

Gandingan berpengalaman negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mengekang kehebatan beregu No. 1 dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin apabila tewas 9-21, 21-18, 8-21  di Suwon Gymnasium.

Pasangan ranking kelapan dunia itu memberi tentangan cukup sengit apabila berjaya mencuri set kedua, namun Soon Huat–Shevon gagal mengekang asakan bertali arus lawan dalam set penentuan sekali gus menyaksikan mereka tersingkir dalam tempoh 43 minit.

Sementara itu, nasib sama turut menimpa satu lagi pasangan negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, yang turut terpaksa tunduk kepada wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Beregu di ranking ke-35 dunia itu akur dengan kekalahan tersebut selepas tewas straight set 12-21, 8-21 dalam perlawanan yang mengambil masa 33 minit.

Meskipun tewas, pencapaian mara ke peringkat suku akhir ini adalah yang terbaik buat Tien Ci-Chiew Sien musim ini selepas sering tersingkir di pusingan awal kejohanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI