BANGKOK – Seorang pemengaruh warga Russia ditahan selepas melakukan hubungan intim di belakang sebuah trak pikap yang bergerak laju sebagai kandungan untuk dimuat naik di media sosial, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Phuket, selatan Thailand kelmarin.
Rakaman video kejadian memaparkan pempengaruh bernama Georgy Dzugkoev, 23, berdiri tanpa seurat benang di belakang trak pikap sambil melakukan aksi tidak senonoh.
Pasangannya pula memegang tali yang dipasang pada belakang kenderaan agar tidak terjatuh.
Penduduk tempatan segera menghubungi polis selepas melihat kejadian itu.
Ketua Polis Phuket, Kolonel Chatri Chukaew mengesahkan Dzugkoev diberkas pada hari sama ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.
“Dia dibawa ke Phuket untuk menghadapi hukuman sebelum dihantar pulang ke Russia.
“Dzugkoev berdepan denda sebanyak £116 (RM654) dan penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah,” tambah Chukaew. – AGENSI