fbpx
GAMBAR fail sebuah kapal yang menyertai flotila ke Gaza. - Foto AFP

Global Sumud Flotilla sahkan Israel akan serang bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS – Beberapa negara memberi amaran kepada rakyat masing-masing yang menyertai Global Sumud Flotilla bagi memecahkan kepungan di Gaza bahawa mereka terdedah kepada serangan Israel pada bila-bila masa, lapor portal berita New Arab semalam.

Portal berita itu memetik kenyataan Global Sumud Flotilla  mengesahkan  Israel meneruskan serangan kejam  di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 22 warga Palestin dan mencederakan puluhan yang lain  sejak awal semalam, kata agensi pertahanan awam Gaza.

Dalam pada itu, aktivis-aktivis di atas kapal Libya, Omar al-Mukhtar melaporkan kelmarin bahawa tiga dron terbang di udara, dipercayai sedang melakukan imbasan terhadap kapal tersebut.

Namun, dua tentera laut dari negara asing menghantar kapal perang untuk melindungi flotila itu.

Global Sumud Flotilla menyalahkan Israel selepas berlaku lebih 12 letupan berhampiran kapal mereka lewat Selasa lalu di perairan Greece dengan kerosakan berpunca daripada objek tidak dikenal pasti yang digugurkan ke atas dek.

Pihak penganjur mengesahkan semalam bahawa Omar al-Mukhtar terus berlayar untuk menyertai Global Sumud Flotilla yang bergerak ke Gaza, sambil menyatakan,mereka tetap komited untuk meneruskan pelayaran.

Itali dan Sepanyol  menghantar kapal tentera laut untuk melindungi flotila tersebut yang sebelum ini  diserang oleh Israel.

“Kami bimbang, jadi kami menghantar kapal bagi memastikan warganegara kami selamat dan membawa mereka pulang ke Sepanyol jika perlu,” kata Perdana Menteri Pedro Sanchez dari New York, Amerika Syarikat.

Itali sebelum ini telah menyatakan kepada Israel supaya tidak mencederakan rakyatnya yang berada di atas kapal flotila. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI