fbpx
Tangkap layar video seekor ular tedung ditangkap oleh anggota bomba selepas masuk ke dalam rumah penduduk.

[VIDEO] ‘Kuat ular ni melawan ya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus menangkap seekor ular tedung yang masuk ke sebuah rumah mengundang rasa gerun dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok @benxx96, ular tedung itu berada di ruang tamu rumahnya di sebuah kampung, namun tidak dapat dipastikan lokasi berkenaan.

Pada video tersebut, kelihatan sepasukan anggota bomba berusaha menangkap reptilia berkenaan dengan alas khas.

Seorang anggota bomba memijak ekor ular tersebut bagi mengawalnya.

Bagaimanapun, ular tedung itu berpusing cuba melepaskan diri dan ia dibawa keluar rumah, seterusnya berjaya dimasukkan ke dalam karung.

Menerusi ruangan komen, orang ramai gerun dan seram dengan kehadiran ular tersebut di dalam rumah, lebih-lebih lagi saiznya yang besar.

“Trauma aku kalau ular besar-besar ni. Mahu sebulan tak nak masuk rumah,” kata pengguna TikTok ct_renata.

“Kuat melawan ya,” komen Aqilahqila89.

“Rumah jiran saya ular sawa sampai bertelur atas bumbung. Dia selalu dengar bunyi atas bumbung, fikir musang. Lama macam tu, anak dia nampak ular naik atap dari luar rumah. Bila dia periksa, ular sawa berterus atas atap, panggil bomba dan tangkap dengan telur-telur sekali,” komen RiRaiRa. – KOSMO! ONLINE

@benxx96♬ Lament of the Forsaken – dzbogel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI