fbpx
Keadaan pesawat selepas terhempas di kawasan tanah lembap Pantanal. - G1

Pesawat bawa penerbit filem, arkitek terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Empat orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan dinaiki mereka terhempas dan meletup di kawasan tanah lembap Pantanal di Brazil, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dua daripada mangsa merupakan penerbit filem dokumentari, Luiz Fernando Feres da Cunha Ferraz dan Rubens Crispim Jr, manakala mangsa ketiga ialah arkitek  China, Kongjian Yu serta juruterbang pesawat berkenaan.

Nahas berlaku di ladang Barra Mansa yang merupakan kawasan tumpuan pelancong di Aquidauana, negeri Mato Grosso do Sul.

Menurut Jabatan Bomba, pesawat Cessna 175 yang dibina pada 1958 itu berpusing di luar kawalan ketika menghampiri landasan malam kelmarin.

Anggota-anggota  bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan  traktor dan jentera bomba  tetapi pesawat itu telah terbakar.

“Empat mayat rentung,” demikian menurut pengesahan bomba  sambil menambah, operasi menyelamat berlangsung sembilan jam kerana bentuk muka bumi tidak sekata menyukarkan akses ke tempat kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI