fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Inkues, pengurusan kes 5 remaja kes Zara berjalan serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Prosiding inkues dan pengurusan kes kematian remaja tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir membabitkan lima remaja yang didakwa dijangka berjalan serentak hari ini.

Prosiding pengurusan kes lima remaja berkenaan difahamkan bakal dijalankan terlebih dahulu sebelum inkues diteruskan yang sudah memasuki hari ke-14.

Peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M. Borhan berkata, prosiding inkues akan disambung selepas pengurusan kes pertuduhan lima remaja terbabit selesai.

Terdahulu, lima remaja berkenaan pada pendakwaan 20 Ogos lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela ke atas Zara Qairina.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI