fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik seorang lelaki dihanyutkan oleh air banjir yang menderu masuk ke dalam lobi Hotel Fullerton Ocean Park Hong Kong. - HKFP/Threads

Pintu hotel pecah dibadai Taufan Super Ragasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Gelombang ombak yang disebabkan oleh Taufan Super Ragasa memecahkan pintu kaca sebuah hotel tepi laut di Taman Laut Hong Kong dan membanjiri kawasan lobinya, ketika ribut membadai bandar raya itu, lapor laman berita Hong Kong Free Press (HKFP).

Video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dihanyutkan oleh air banjir yang menderu masuk ke dalam lobi Hotel Fullerton Ocean Park Hong Kong. 

Paras air dilihat mencecah paras lutut lelaki dewasa, manakala kakitangan hotel didengari menggesa orang ramai meninggalkan lobi.

Sebagai respons kepada pertanyaan HKFP, pengurusan hotel tersebut berkata, tiada kecederaan dilaporkan.

“Kami telah menggunakan sumber tambahan dan sedang melakukan semua yang termampu untuk mengurangkan kesan yang dibawa oleh taufan ini bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan tetamu kami,” katanya.

Taufan Super Ragasa menyebabkan kenaikan ketara paras laut dan banjir di sepanjang pantai timur Hong Kong awal hari ini.

Kawasan seperti Heng Fa Chuen dibadai teruk, dengan ombak mencecah setinggi tiang lampu di tepi pantai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN