KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pantai, Batu Rakit di sini, mula resah memikirkan kediaman mereka yang mungkin runtuh atau ‘ditarik’ ombak besar berikutan musim tengkujuh yang dijangka bermula pada bulan depan. Kira-kira sembilan rumah yang hampir dengan pesisir pantai dikatakan paling berisiko menunggu masa menyembah bumi akibat hakisan pantai tersebut. Seorang penduduk Mat Yusoff Abdullah, 73, mendakwa, rumahnya kini hanya tinggal kira-kira 20 meter dari pesisir pantai. “Hakisan pantai yang berlaku setiap kali musim tengkujuh amat kronik. Dianggarkan kira-kira 30……