fbpx
Tangkap layar video perkongsian Dr. Zulkifli tentang isu Global Sumud Flotilla di media sosial.

Dr. Zulkifli doa aktivis Global Sumud Flotilla tabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan doa dan penghargaan kepada aktivis serta sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Terdahulu, GSF melaporkan lebih 15 dron berlegar rendah di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean yang bertujuan melakukan intimidasi serta risikan.

Menerusi hantaran di Instagram, beliau berkata, insiden yang menimpa GSF semalam bukan sahaja cubaan menghalang misi kemanusiaan, bahkan satu ujian terhadap tekad mereka yang berjuang.

Menurut Dr. Zulkifli, beliau mengikuti dengan penuh keprihatinan terhadap insiden yang menimpa GSF semalam.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa kepada seluruh aktivis, sukarelawan dan kru kapal yang telah mengorbankan masa, tenaga dan keselamatan demi membela hak rakyat Palestin.

“Kalian adalah simbol ketabahan (sumud) dan keberanian umat,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai yang turut menitipkan doa agar misi berkenaan dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI