fbpx
Pasukan polis tiba di Oslo selepas menerima laporan mengenai letupan semalam. - AFP

Letupan gegar Norway, 3 remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo, Norway selepas pihak berkuasa memusnahkan sebutir bom yang ditemui di kawasan itu, lapor akhbar The Sun UK. 

Letupan berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) kelmarin. 

Ketua Operasi Polis Oslo, Rune Hekkelstrand berkata, pihaknya telah menahan tiga remaja yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. 

“Letupan itu adalah pertarungan antara penjenayah. Siasatan masih dijalankan dengan ramai lagi orang dipercayai terlibat,” kata Hekkelstrand. 

Antara suspek yang diberkas termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang lahir pada tahun 2012, lapor akhbar Aftenposten. 

Tiada kecederaan dilaporkan.

Bahan letupan itu dimusnahkan berhampiran sebuah kampus dan kira-kira 500 meter dari Istana Diraja serta bangunan Kedutaan Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI