fbpx
ANTONY

Bekas buangan United taruhan Betis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEVILLE – Naib juara Liga Konferens Europa musim lalu, Real Betis mempertaruhkan pengalaman Antony menjelang aksi pembukaan Liga Europa menentang Nottingham Forest di Estadio La Cartuja awal pagi Khamis ini.

Ketika mewakili Manchester United, Antony pernah bertemu Forest sebanyak empat kali dengan pencapaian terbaiknya adalah meledak satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan.

Disebabkan itu, Betis menagih kemampuan daripada pemain sayap lincah Brazil tersebut untuk membantu mereka mengecewakan Forest yang kali pertama beraksi di pentas Eropah selepas 30 tahun.

Pengendali Betis, Manuel Pellegrini berharap Antony dan pemain-pemain lain dapat meneruskan momentum seperti ditunjukkan mereka ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas Real Sociedad dalam aksi La Liga baru-baru ini.

“Kemenangan yang amat penting buat pasukan terutamanya apabila ia dilakukan di laman sendiri.

“Saya sangat gembira kerana selalu saya katakan bahawa beraksi sebagai satu pasukan secara kolektifnya lebih bagus tetapi kali ini kualiti individu menentukan keputusan perlawanan.

“Antony bermain dengan baik saya berharap momentum ini diteruskan untuk aksi Eropah (Liga Europa),” katanya.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sekali dalam perlawanan persahabatan yang berakhir dengan kemenangan 1-0 memihak Betis pada 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI