fbpx
PENG QUAN dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar hari ini kerana amang seksual anak kekasihnya, antara Februari hingga September tahun ini.

Duda dituduh cabul anak kekasih berusia 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang duda yang baru semalam dituduh mencederakan anak kekasih di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.

Tertuduh, Kenneth Ong Peng Quan, 42, yang juga peniaga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan kekasihnya berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, antara antara Februari hingga September tahun ini.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan di Mahkamah Sesyen serta serahan dokumen dan lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN