fbpx
KINOSHI berdepan tekanan tinggi untuk memastikan kemenangan Selangor menentang Tampines selepas berdepan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini. -FB SELANGOR FC

ACC: Selangor tidak ada pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengakui aksi Kumpulan A saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Tampines Rovers malam ini sebagai perlawanan wajib menang buat pasukan.

Menurut Kinoshi, keputusan positif wajar dilakar oleh pasukan dalam misi menamatkan badi kekalahan selepas tewas kepada Bangkok United dan Kuching City, baru-baru ini.

Kinoshi berkata, aksi bertemu kelab Singapura itu adalah peluang terbaik untuk pasukan menebus kekecewaan sekali gus kembali berada di landasan kemenangan.

“Kita hanya ada masa dua hari untuk jalani persiapan selepas aksi bertemu Kuching City. Pasukan melalui jadual padat ketika ini tetapi pemain perlu terus berjuang.

“Secara peribadi, kita ada sasaran yang tinggi pada semua kejohanan yang disertai dan harap pasukan dapat buat yang terbaik. Aksi kali ini boleh dikatakan sebagai perlawanan wajib menang,” katanya pada sidang media semalam.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah dikritik hebat musim ini apabila gagal mempamerkan prestasi konsisten selepas merekodkan empat kemenangan, empat kekalahan dan satu seri dalam Sembilan perlawanan.

Sementara itu, pemain import Selangor FC, Richmond Ankrah menyeru kelemahan di posisi pertahanan perlu segera diperbaiki jika mahu meraih keputusan positif.

“Bagi posisi saya, cabaran sebenar adalah untuk membantu pasukan tidak dibolosi seperti beberapa perlawanan lepas. Kita ada kelebihan beraksi di laman sendiri dan pastinya pasukan mahu hadiahkan mata penuh buat penyokong,” kata tonggak pertahanan dari Ghana itu.

Selangor FC hanya meraih satu mata dalam saingan Kumpulan ACC selepas seri 1-1 bertemu Buriram United pada aksi pembukaan, Ogos lepas.24

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN