fbpx
KETIKA awal kemunculan, Remy Ishak mengakui sukar meraih tawaran kerja atas alasan tidak berwajah komersial.

‘Kena reject, penerbit kata rupa saya tidak boleh jual’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bukan mudah, pelakon Datuk Remy Ishak mengakui perjalanan seninya penuh liku sebelum berada di tahap sekarang.

Ujar Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, dia banyak melibatkan diri dalam sesi ujibakat sebagai langkah awal menceburkan diri dalam dunia lakonan namun berterusan ditolak.

“Alhamdulillah, saya bermula daripada uji bakat. Banyak tempat saya pergi, semua kena reject (tolak). Bukan sekali dua tapi berterusan kena tolak.

“Alasan utama mereka cakap saya tiada rupa. Ketika itu zaman pan-Asia, orang cari muka kacukan seperti Danny X-Factor, Diana Danielle. Muka Melayu tidak diberi peluang,” katanya dalam sebuah program audio siar.

Tambah bintang filem Pulang itu, dia masih mengingati kata-kata pedih daripada seorang penerbit terkenal yang menolak bakatnya hanya kerana wajah tidak menepati standard komersial.

“Saya pernah ditegur seorang penerbit, sampai sekarang saya masih ingat. Malah, saya pernah bertemu dia semula.

“Katanya saya boleh berlakon, tapi rupa tidak boleh jual. Itu kata-kata yang benar-benar menguji semangat saya.

“Sebab itu saya tidak pernah masuk pertandingan seperti Hero Remaja, kerana saya sedar saya tiada rupa,” jelasnya.

Pendedahan terbabit pantas meraih perhatian ramai, rata-ratanya kagum dengan semangat bapa satu anak itu yang tidak pernah luntur biarpun ditolak mentah-mentah suatu ketika dahulu.

“Kalau rupa Remy Ishak pun dikata tidak lepas, apatah lagi aku. Padahal dia dah cukup kacak,” seloroh seorang netizen.

“Remy bukti jelas bahawa bakat lebih bernilai daripada wajah. Kalau ikut penerbit dulu, memang kita takkan nampak dia jadi hero sekarang, tapi dia kacak je, cuma waktu intu memang yang kacukan mendominasi,” komen peminat.

“Dia contoh terbaik artis yang berjaya kerana kerja keras, bukan kerana rupa semata-mata. Patutlah ramai hormat dia. Mesti penerbit tu tak senang duduk sekarang tengok kejayaan Remy,” ujar pengikut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI