fbpx
SEBUAH trak bomba bergerak dekat puting beliung api di ladang tebu. - Foto Pertahanan Awam/Facebook/Fox Weather

Puting beliung api bakar ladang tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Kejadian puting beliung api berjaya dirakam di sebuah ladang tebu yang terbakar di Brazil, lapor portal berita Fox News.

Kebakaran itu tercetus pada 11 September lalu di antara bandar Florida Paulista dan Adamantina di negeri Sao Paulo, demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Brazil di laman Facebook.

Klip Video kejadian menunjukkan asap hitam tebal menutupi langit ketika sebuah jentera bomba memandu melalui ladang tersebut sambil menyembur air.

Puting beliung api itu seperti  sedang menari di tengah ladang, kata pihak bomba.

Menurut Pertahanan Awam Brazil, tiada siapa cedera dalam  kebakaran tersebut.

Ia terbentuk daripada udara dan gas panas yang naik daripada kebakaran, demikian menurut Kumpulan Penyelarasan Kebakaran Hutan  Kebangsaan. 

Apabila udara dan gas itu naik, ia turut membawa asap, serpihan, malah api seperti yang kelihatan dalam puting beliung api. 

Anggota-anggota Pasukan Pertahanan Awam dan bomba akhirnya berjaya memadamkan kebakaran itu, kata agensi berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN