fbpx
Kanak-kanak lelaki dipercayai autistik berusia sekitar 14 tahun ditemui di lorong motosikal Kesas.

Hantaran Facebook bawa kepada penemuan anak autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Tindakan seorang ibu membuat hantaran di Facebook bagi mendapatkan bantuan orang ramai selepas anak autistiknya tidak pulang ke rumah akhirnya membawa kepada penemuan semula remaja tersebut yang ditemui selamat di Lebuh Raya Shah Alam.

Hasil siasatan mendapati, kira-kira pukul 5.50 petang Jumaat lalu, remaja lelaki berusia 14 tahun itu keluar dari rumah mereka di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dalam keadaan marah dan kebiasaannya akan pulang semula.

Namun, selepas anaknya tidak kembali, ibu pengadu bertindak membuat hantaran di laman Facebook kira-kira pukul 6 petang Jumaat bagi merayu bantuan orang ramai mengesan anaknya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, tidak lama kemudian, wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta dia segera menghubungi Balai Polis Puchong Jaya.

“Hasil semakan mendapati, remaja itu sebenarnya telah ditemui lebih awal pada 19 September kira-kira pukul 9.13 malam oleh seorang penunggang motosikal ketika duduk seorang diri di lorong motosikal Lebuh Raya Shah Alam, KM43.2 arah Puchong menghala ke Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ibu pengadu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Petaling kira-kira pukul 10 malam tadi bagi menuntut semula anaknya daripada pihak JKM.

Menurutnya, mangsa kini berada di wad kanak-kanak Hospital Shah Alam sementara menunggu urusan lanjut bersama pihak JKM.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam serta rakan media yang membantu mengesan penjaga atau waris mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI