KUALA TERENGGANU – Insiden kebocoran paip gas milik Petronas di tapak projek tersebut di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman kelmarin tidak akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak berjalan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, impak kebocoran paip gas betana terbabit diramal minimum dan iq diyakini mampu diselesaikan dalam masa terdekat.
“Saluran paip gas ini bocor, meletup. Jangan samakan dengan kes di Putra Height (Selangor), ia lain.
“Petronas sudah ambil tindakan segera tutup bekalan (gas). Saya yakin ia tidak menjejaskan projek pembinaan ECRL,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kedai Payang di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Bas.My Kuala Terengganu.
Anthony berkata, gangguan pendek ekoran insiden paip gas bocor terbabit tidak akan menganggu perkembangan projek pembinaan ECRL di Terengganu yang sebenarnya hampir siap 100 peratus.
Kosmo! Online Sabtu lalu melaporkan sebuah paip gas betana milik Petronas Gas Berhad pecah di tapak projek Seksyen 5, ECRL berhampiran Kampung Chabang.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Nor Hisham Mohammad menjangkakan lokasi terjejas bakal stabil semula pada esok. – KOSMO! ONLINE