fbpx
Dua beranak (tengah) direman lima hari bantu siasatan kes tetak di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Ditetak ketika mahu melawat abang, dua beranak direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Dua beranak direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki yang parah ditetak di Flat Paya Nahu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, permohonan reman ke atas suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan bapanya, 50-an, dibuat di Mahkamah Sungai Petani di sini pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur gengsterisme atau dadah dalam kejadian itu, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata,” katanya hari ini.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan seorang lelaki parah dipercayai ditetak individu tidak dikenali dengan senjata tajam di kawasan Flat Paya Nahu petang semalam.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan diserang ketika mahu melawat abangnya di kawasan perumahan itu kira-kira pukul 3 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN