fbpx
Anggota polis membawa Mg Zaw untuk didakwa atas pertuduhan membunuh rakannya di Mahkamah Majistret Gua Musang, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Buruh ladang didakwa bunuh rakan di kawasan rumah kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang buruh ladang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja di kawasan rumah kongsi kebun getah di sebuah ladang di sini tiga minggu lalu.

Tertuduh, Mg Zaw, 44, hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Khin Mg Swee yang juga warga Myanmar di kawasan rumah kongsi kebun getah, Ladang Sonchong pukul 4.30 petang hingga 7.10 malam, 7 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan cemburu dengan perbuatan rakan yang memeluk isterinya dipercayai menjadi punca seorang lelaki asing menetak mangsa dengan parang hingga maut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI