Noora Azita menunjukkan set tilam bayi dihasilkannya ketika ditemui di Kampung Bukit Acheh, Hulu Terengganu semalam.

Rezeki melimpah ruah jaga anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gagal menyiapkan produk se­perti diharapkan sehingga sering menangis di tepi mesin jahit, tidak mematahkan semangat seorang suri rumah untuk berjaya apabila dia kini meraih pendapatan RM3,000 hasil menjual set tilam bayi.

Noora Azita Yaakub, 34, berkata, dia berkecimpung dengan dunia usahawan sejak empat tahun lalu apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus operasi syarikat di Serdang, Selangor bagi menjaga anak menghidap penyakit melibatkan sel darah putih.

Katanya, ketika itulah dia mula terfikir untuk membantu suami menambah pendapatan dengan belajar menjahit.

“Saya beranikan diri membeli mesin jahit serta peralatan dengan modal RM5,000 dan belajar membuat set tilam bayi melalui YouTube.

“Pada mulanya memang sukar hingga saya sering mena­ngis di samping mesin jahit kerana produk tak menjadi. Bagaimanapun, saya tidak putus asa dan alhamdulillah saya berjaya kuasai seni jahitan set tilam bayi selepas hampir setahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Acheh di sini semalam.

Menurut Noor Azita, pada mulanya, dia hanya menghadiahkan set tilam bayi kepada saudara-mara dan rakan-rakannya sebelum mengambil tempahan selepas mendapat permintaan.

Katanya, tempahan ba­nyak diterimanya pada hujung tahun bermula Oktober dan paling kurang pada bulan puasa.

“Saya pernah menerima tempahan sehingga 40 set tilam bayi berharga antara RM35 hingga RM350 sebuah dalam sebulan.

“Produk saya sudah diperluas kepada bantal me­nyusu, selimut dan barut bagi menambah pendapatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN