PENGUMUMAN keputusan yang dinantikan oleh para pelajar, ibu bapa dan guru-guru memberikan kelegaan serta harapan kepada semua. Tahniah dan syabas atas usaha gigih anda yang tidak mengenal erti penat lelah serta diterjemahkan dalam semakan keputusan UPUOnline. Seramai 78,883 orang atau 71.8 peratus daripada 109,866 pemohon telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah sarjana muda di universiti awam sesi akademik 2025/2026. Seharusnya ruang, peluang dan kesempatan terbaik ini dimanfaatkan oleh para pelajar bagi menuntut ilmu serta mempersiapkan diri bagi menghadapi……