fbpx
BEREGU campuran negara, Toh Ee Wei- Chen Tang Jie bergelar naib juara China Masters 2025. -AFP

Tang Jie-Ee Wei naib juara China Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Impian beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk merangkul gelaran di Kejohanan Badminton China Masters tidak kesampaian apabila terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena tersebut, pasangan No. 3 dunia yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara dunia di Paris, bulan lalu, terpaksa tunduk kepada beregu No. 4 dunia itu menerusi kekalahan straight set 8-21, 17-21 dalam masa 35 minit.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua beregu kini semakin berpihak kepada Dechapol-Supissara selepas lawan dari Thailand itu mengukuhkan rekod pertemuan dengan memenangi empat daripada lima pertemuan sesama mereka.

Sebagai naib juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$42,250 (RM177,745) beserta meraih pingat perak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI