fbpx
Gambar hiasan.

Satu daripada tiga rakyat Malaysia masih rendah literasi kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu daripada tiga rakyat Malaysia masih mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah berdasarkan Tinjauan Literasi Kesihatan 2023.

Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tinjauan Literasi Kesihatan 2023 mendapati 27.05 peratus rakyat berada pada tahap terhad.

“Sebanyak 48.5 peratus pada tahap mencukupi dan hanya 24.5 peratus pada tahap cemerlang.

“Walaupun tahap kecelikan dan pengetahuan kesihatan rakyat meningkat, pengetahuan ini masih belum sepenuhnya diterjemahkan kepada budaya hidup sihat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dzulkefly berkata, semua pihak perlu terus menggembleng tenaga bagi meningkatkan lagi tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat.

Katanya, kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan media mesti berganding bahu.

“Kesihatan tanggungjawab bersama. Hanya dengan masyarakat yang sihat, barulah negara kita benar-benar makmur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI